Jumaat, 25 Januari 2013

RAWATAN BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW






HADITS TENTANG PENYAKIT DAN PENYEMBUHAN

Setiap Penyakit Mempunyai Ubat
1. Hazrat Jabir RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat ubat bagi setiap penyakit, dan apabila ubat digunakan kepada penyakit ia disembuhkan dengan izin Allah.” (Muslim, Mishkat)
2. Hazrat Abu Darda’ RA telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah turunkan kedua-dua penyakit dan ubatnya, dan Dia telah menjadikan satu ubat bagi setiap penyakit, maka rawatilah diri kamu dengan ubatan, tetapi jangan gunakan yang haram.” (Abu Daud, Mishkat)

Susunan Bagi Ubatan Dan Langkah Berjaga-Jaga
1. Hazrat Usamah bin Syarik memberitahu bahawa apabila Rasulullah SAW ditanya sama ada mereka menggunakan rawatan ubatan Banginda bersabda: “Ya wahai hamba Allah, gunakanlah rawatan perubatan, kerana Allah tidak menjadikan satu penyakit tanpa menjadikan ubat baginya melainkan satu penyakit iaitu umur tua.” (Tirmizi, Mishkat)
2. Nabi SAW menyuruh orang ramai supaya mendapatkan rawatan dari orang yang berkelayakan dan berpengalaman dan mengambil langkah berjaga-jaga. (Zaadul Ma’ad)
3. Baginda pernah nenyuruh seorang yang tidak cekap supaya tidak mengamalkan perubatan dan menyebabkan kemudaratan kepada seseorang pesakit. (Zaadul Ma’ad)
4. Baginda pernah melarang orang ramai dari menggunakan benda yang haram sebagai ubat. Baginda bersabda: “Allah Taala tidak memberikan cirri-ciri penyembuhan kepada benda yang haram.” (Zaadul Ma’ad)
BEKAM SUNNAH

                Bekam adalah istilah dalam bahasa melayu, dalam bahasa arab di kenali sebagai hijamah, dalam bahasa enggris di kenali sebagai cupping, dalam bahasa Indonesia di kenali sebagai canduk, canthuk atau kop.
Bekam sudah di kenali sejak ribuan tahun dahulu, bahkan sejak zaman Nabi  Musa AS dan berkembang keseluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Banyak dalil yang menunjukkan sunnah qauliyah dan fi’liyah berkenaan amalan berbekam ini dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.
Bekam merupakan terjemahan dari perkataan Hijamah yang berasal dari perkataan al-Hajmu, yang bermaksud pekerjaan membekam. Al-Hijmu bermaksud menghisap atau menyedut. Maka istilah Hijamah atau berbekam dapat di ertikan sebagai satu tindakan penghisapan (penyedutan) darah dengan alat yang menyerupai tabung serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan proses penyedutan yang kemudiannya ditampung dalam gelas.
                Hadis Shahih Bukhari, Dari Ibnu ‘Abbas RA, dari Nabi SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas (kayy). Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” 
Penyakit jenis sumbatan ada tiga jenis: Jenis yang menyerang darah, Jenis kuning, Jenis yang menerang kerongkog dan Jenis hitam. Jenis yang menyerang darah, caranya ialah dengan mengeluarkan darah yang tersumbat, jika termasuk ketiga jenis lainnya, caranya ialah dengan memakan ubat pencahar yang berkhasiat untuk mengatasi setiap sumbatan yang komplikasi sekalipun. Dengan menyebut madu, seolah-olah Nabi  SAW hendak mengisyaratkannya sebagai ubat pencahar.
Manakala berbekam sebagai proses mengeluarkan darah kotor. Sesetengah ulama menyebutkan bahawa proses pengeluaran darah kotor termasuk dalam sabda Baginda SAW ‘berbekam’. Jika semua cara tersebut tidak menemui hasil, maka cara akhir adalah kayy ( mengubat mengunakan besi panas). Nabi SAW menyebut kayy sebagai satu perubatan, kerana perubatan itu digunakan ketika kuatnya penyakit mengalahkan kekuatan ubat-ubat lain, bahkan ketika ubat yang diminum tidak lagi bermanfaat.
Adapun erti sabda Nabi SAW. “Saya melarang berubat dengan besi panas,” dan dalam hadis lain: “Saya tidak suka berubat dan merawat penyakit dengan besi panas.” Merupakan isyarat bahawa perubatanb menggunakan besi panas hanya menjadi cara terakhir sahaja, iaitu jika sudah terpaksa. Berubat dengan besi panas tidak boleh tergesa-gesa dilakukan kerana penyakit yang akan diatasi dengan besi panas terkadang malah lebih ringan rasa sakitnya berbanding sakit kerana besi panas itu sendiri.”


SEJARAH BEKAM
Bekam mulai terkenal dan dilakukan sejak zaman Mesir kuno, bangsa Mesir kuno pada saat itu dikenal sebagai bangsa yang banyak mengadakan perjalanan jauh untuk berdagang yang tentunya perjalanan tersebut banyak menimbulkan rasa sakit dan tubuh tidak selesa. Untuk mengurangi rasa tidak selesa di tubuh tersebut, mereka berusaha untuk mengeluarkan cairan-cairan darah kotor yang mereka anggap mempengaruhi keseimbangan metabolisme di tubuh.
Pada perkembangannya, Bekam kemudian menyebar dan berkembang ke berbagai negara di dunia sebagai salah satu bentuk pengubatan yang baik.
Bekam sudah bermula sejak zaman Nabi Musa AS lagi, namun sejarah bertulis mengenai bekam yang paling awal di catatkan adalah di dalam buku Ebers Papirus, salah sebuah buku sejarah tertua di dunia.Ia menyatakan bahawa amalan bekam telah bermula sejak 1500 Tahun Sebelum Masihi lagi, dalam kalangan rakyat Mesir ketika itu.
Bekam di Eropah danTimur Tengah berkembang dari pengamalan Perubatan Humoral, iaitu sistem perubatan Yunani Kuno yang berkonsep mengembalikan keseimbangan badan melalui empat cecair utama dalam tubuh iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Sistem ini sangat berkembang dalam kebudayaan Eropah dan Timur  Tengah ketika itu.
Menurut perubatan tradisional Cina, bekam ialah kaedah pelaksanaan acupressure dengan mencipta keadaan vakum pada kulit pesakit. Terapi ini digunakan untuk menghilangkan stagnasi pada darah dan system limfa sehingga meningkatkan aliran qi untuk mengubati penyakit-penyakit pernafasan seperti radang paru-paru, pneumonia dan bronkitis. Bekam juga dilakukan pada punggung, leher, bahu dan keadaan-keadaan musculos keletal  yang lain.


BEKAM

Bekam merupakan jenis  pengubatan dengan cara mengeluarkan darah yang mengadungi  toksin atau oksidan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit ari. Dalam istilah perubatan dikenal dengan istilah ‘Oxidant Release Therapy’ atau ‘Oxidant Drainage Therapy’ atau istilah yang lebih populer adalah ‘detoksifikasi’. Cara ini lebih berkesan dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimia) yang bertujuan untuk menetralkan oksidan di dalam tubuh sehingga kadarnya tidak makin tinggi. Tapi jika kesan ubat antioksidan sudah habis, oksidan akan tumbuh dan berkembang kembali. Kerana itu, para doktor biasanya memberikan ubat antioksidan secara berterusan. Untuk mengeluarkan oksidan dari dalam tubuh memerlukan ketrampilan khusus. Caranya dengan penyedutan menggunakan alat khusus yang sebelumnya didahului dengan pembedahan minor (sayatan khusus) secara hati-hati di titik-titik tertentu secara tepat dalam tubuh. Jika oksidan dapat dikeluarkan semua maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologis tubuh kembali normal.


DARAH YANG KELUAR DENGAN BEKAM

1. Darah mengalami pengoksidaan tanpa udara
2. Plasma terpisah sendiri daripada darah dan tetap kekal dalam tubuh
3. Sel darah merah berpenyakit, racun, zat yang berbahaya sahaja yang keluar
4. kebiasaan dua set cup bekam yang disedut dengan luka bekam yang sama ada kalanya darah yang keluar tidak sama banyak walaupun jarak berdekatan
5. Penyembuhan insyaAllah terjadi walaupun darah yang keluar banyak atau sedikit
6. Sihir atau gangguan mahkluk halus dapat dikeluarkan


DIAGNOSIS PENYAKIT DENGAN BEKAM

Diagnosa bekam/cupping dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Kondisi organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fisik, sehingga penyakitnya dapat didiagnosa.”
Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :
1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada umumnya hal ini mengindikasikan kondisi defisiensi (kekurangan) pasokan/suplai darah dan channel/saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dengan keberadaan darah statis (darah beku).
2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (lebam-lebam), pada umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah statis (darah beku).
3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tingkatan warna yang berbeda (ada yang tua dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” dan darah statis.
4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya hal ini menunjukkan terjadinya defisiensi “Yin”, defisiensi “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang diinduksi oleh defisiensi “Yin”.
5.  Bekas bekam yang muncul berwerna merah gelap, hal ini mengindikasikan kondisi lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya panas patogen.
6.  Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, hal ini mengindikasikan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya gas patogen.
7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, hal ini mengindikasikan kondisi adanya wind (lembab) patogen dan gangguan gas patogen.
8. Munculnya uap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan kondisi adanya gas-gas patogen pada daerah tersebut.
9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan kondisi gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.





KAJIAN MAKMAL ANTARA DARAH PEMBULUH DENGAN DARAH BEKAM



                Darah bekam menghimpunkan 1/10 kadar sel darah putih yang ada dalam darah. Itu terjadi dalam setiap keadaan ujian tanpa ada pengecualian. Tentu sahaja hal ini sangat menghairankan para doktor dan para ahli kedoktoran. Bagaimana mungkin darah dapat keluar tanpa sel darah putih? Bekam menjaga dan menguatkan sistem imuniti tubuh manusia.

                Pada puncak sel darah merah, maka semua sel darah putih memiliki bentuk yang ganjil. Ertinya, ia tidak mampu berfungsi. Bekam mebuangkan sel darah merah yang rosak dan tertinggal hanya sel darah putih dan sel darah merah yang baik sahaja.

                Kaedah pengambilan darah daripada pembuluh darah mengeluarkan sel darah(HDL) yang bermafaat dan darah (LDL) yang berbahaya. Manakala kaedah bekam mengeluarkan darah (LHL) sahaja dan masih mengekalkan darah(HDL) di dalam tubuh.

                Jumlah pengikat zat besi yang ada di dalam darah bekam sangat tinggi (550-1100). Ini bermakna bekam dapat mengekalkan zat besi tanpa mengeluarkannya.

                Dua jenis sel darah di dalam darah bekam masih tinggi, ianya dapat mengeluarkan seluruh sel darah dan darah kotor, membolehkan organ tubuh berfungsi dengan baik insyaAllah.

Ini Membuktikan kebesaran Allah SWT dengan setiap perintahNya dan sunnah Rasulullah SAW ada kejayaan dunia dan akhirat. “Subbhanallah”.







BEKAM BISUL



                Dari ‘Ashim bin Umar bin Qotadah RA yang berkata: “Suatu ketika Jabir bin Abdillah pernah datang kepada kami di tengah-tengah keluarga kami, sementara itu ada seorang lelaki yang mengeluh terkena bisul.” Jabir pun bertanya: “Apakah yang akan kamu keluhkan?” dia menjawab; “Bisul yang menyusahkanku.” Dia berkata: “Nah, panggilkan seorang juru bekam supaya datang kepadaku!’ Orang itu berkata: “Apa yang akan kamu lakukan dengan juru bekam, wahai Abu ‘Abdillah?” Jabir menjawab: Aku ingin menampalkan alat bekam padanya .” Orang itu pun berkata: “Demi Allah, andai aku tersentuh lalat atau kain saja aku pasti kesakitan.” Ketika dia melihat ketidaksukaan orang itu, dia berkata: ‘Sesungguhnya, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Jika ada yang terbaik pada pengubatan kamu, maka itu adalah sayatan alat bekam, minuman madu atau sundutan api.” Rasulullah SAW bersabda: “Namun aku tidak suka berubat dengan sundutan api.”

                Perawi berkata: “Hamba itu pun datang membawa seorang juru bekam itu mula menyayatnya sehingga hilanglah segala yang dirasainya.” (Muslim, 2205, At-Thibb)





PENYAKIT BISUL



Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.

Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.




BEKAM SIHIR



Bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.

                Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.

                Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir.

                Kaedah rawatan yang disertai amalan bacaan ayat-ayat ruqyah itu dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir terhadap pesakit.

                Sebelum memulakan rawatan, perawat perlu membaca ruqyah seperti ayat Kursi disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas bagi mengelak aura sihir daripada badan pesakit berpindah ke tubuh perawat.




JENIS-JENIS SIHIR 



·         Sihir rumahtangga/perceraian

·         Sihir pengasih/guna-guna

·         Sihir tipuan pandangan/silap mata

·         Sihir gila

·         Sihir santau

·         Sihir kelesuan badan

·         Sihir penyakit anggota badan

·         Sihir penghalang pernikahan.




TANDA-TANDA TERKENA SIHIR



·         Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

·         Badan terasa berat dan malas.

·         Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.

·         Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.

·         Sakit ketika ziarah orang meninggal.

·         Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.

·         Sakit pinggang tanpa sebab.

·         Sakit dada bila waktu asar ke atas.

·         Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.

·         Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

·         Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.

·         Bermimpi di tempat yang kotor.

·         Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.

·         Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

·         Bayi kerap menangis bak kena sampuk.

·         Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.

·         Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

·         Malas beribadat.

·         Nyanyuk ketika usia masih muda.

·         Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.

·         Sikap berubah secara mendadak, lebih kepada watak atau moral yang rosak, mengadu domba.

·         Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.

·         Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.

·         Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.

·         Kerap keguguran.

·         Gagal melakukan hubungan kelamin.

·         Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.

·         Suka tengok bulan mengambang di tingkap.

·         Darah haid turun lebih 15 hari.

·         Batuk yang berpanjangan.

·         Selalu ditindih ketika tidur.

·         Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.

·         Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

·         Nafsu seksual yang melampau.

·         Selalu melihat kelibat dirumah.

·         Terasa diri selalu diperhatikan.

·         Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.

·         Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.

·         Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.

·         Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.

·         Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam, benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.

·         Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.

·         Suka tengok cermin lama - lama.

·         Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata tiada apa-apa, normal.

·         Bila x-ray, terjumpa benda-benda yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.

·         Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dan sebagainya)

·         Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab seolah-olah ada toyol yang mencurinya.

·         Kerap bunyi goli atau kerusi ditarik di atas siling rumah.

·         Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.

·         Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri) panggil tapi tengok tiada orang.



PERKARA PENTING TENTANG PERUBATAN

Imam Ghazali
Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain. Menurut saya, sebuah wilayah kadang membutuhkan lebih dari seorang. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi seukuran kebutuhan yang diperlukan. Jika di sebuah wilayah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara kerana menempatkan diri di ambang kehancuran. Sebab Dzat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta menyediakan saranan untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.”

Imam Syafie
Dalam kitab at-Thibb wa I-Athibba, doktor Mahmud Dayyad, halaman 102, disebutkan bahawa Imam Syafie berkata: “Saya tidak mengetahui suatu ilmu setelah ilmu tentang halal dan haram yang lebih penting daripada ilmu kedoktoran.” Beliau menyesali kealpaan/kelalaian kaum muslimin terhadap ilmu kedoktoran. Beliau mengatakan: “Mereka mengabaikan sepertiga ilmu dan menyerahkan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani.”

Ibnul Qayyim Al-Jauziah
 Ibnul Qayyim Al-Jauziah berkata: “Berpalingnya manusia dari cara pengubatan nubuwwah seperti halnya berpalingnya mereka dari pengubatan dengan Al-Qur`an, yang merupakan ubat bermanfaat.” Dengan demikian, tidak sepatutnya seorang muslim menjadikan pengubatan nabawiyyah sekadar sebagai pengubatan alternatif. Seharusnya menjadikan sebagai cara pengubatan yang utama, kerana kepastiannya datang dari Allah SWT  melalui lisan Rasul-Nya SAW  Sementara pengubatan dengan ubat-ubatan kimia (pengubatan cara barat) kepastiannya tidak seperti kepastian yang didapatkan dengan thibbun nabawi. Pengubatan yang diajarkan Nabi s.a.w diyakini kesembuhannya kerana berasal dari wahyu. Sementara pengubatan dari selain Nabi s.a.w kebanyakannya uji kaji atau pengalaman.


HADITS YANG BERKAITAN DENGAN BEKAM (HIJAMAH)

Ada suatu pertanyaan ‘asing’ yang mesti kita jawab dan renungkan: “Apakah Anda pernah
mendengar istilah bekam (hijamah)? Apakah Anda pernah dibekam? Berbahagialah apabila Anda menjawab, “pernah”. Sayangnya, sebahagian besar kaum muslimin belum pernah mendengar istilah bekam apalagi yang pernah dibekam.
Kenyataan ini sungguh memprihatinkan. Sebab bekam sudah dikenal ribuan tahun yang lalu,
bahkan sejak zaman Nabi Musa AS, dan dikukuhkan syariatnya pada zaman Rasulullah SAW,
akhirnya berkembang ke seluruh dunia hingga saat ini.
Kaum muslimin jarang sekali yang mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Rasulullah
SAW yang sangat lengkap. Di antara sebahagian kedoktoran Nabi SAW yang dilupakan itu adalah bekam. Sebaliknya dunia barat terus melakukan penelitian tentang bekam, yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan harian, walaupun mereka tidak mengakuinya sebagai warisan Rasulullah SAW.
Orang-orang beriman baik lelaki mahupun perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar
Sunnah Nabi SAW, khususnya yang telah dilupakan (sunnah matrukah). Sekarang mulai nampak
banyak orang menyaksikan langsung mukjizat kesembuhan dengan mengikuti salah satu Sunnah Nabi SAW, yaitu pengubatan dengan bekam dalam mengatasi penyakit yang sulit disembuhkan oleh para doktor.
Setiap muslim tahu bahawa hadits-hadits Nabi SAW tidak pernah berubah atau berganti,
kerana ia merupakan wahyu dari Allah SWT, sedangkan wahyu telah berhenti turun sejak Nabi
SAW wafat dan agama telah sempurna. Maka hadits-hadits Nabi SAW yang menyangkut metode
pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari pelaksanaannya, dan sebagainya adalah
bersifat tetap tidak berubah.
Dengan maksud dakwah dan tabligh agar kaum muslimin mengetahui thibbun nabawi, maka perlu disampaikan di sini hadits-hadits yang berkaitan dengan bekam.


HADITS KEUTAMAAN DAN MANFAAT BEKAM

1. Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)
(Muttafaq ‘alaihi, Shahih Bukhari (no. 2280) dan Shahih Muslim (no. 2214)
2. Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah al hijamah (HR. Ahmad, shahih).
3. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Shahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiits ash-Shahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)
4. Dari Ashim bin Umar bin Qatadah RA, dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah RA pernah menjenguk al-Muqni’ RA, dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam,kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya didalamnya terkandung kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)
5. Dari Ibnu Umar RA yang berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam atau habbatus sauda’ (jintan hitam/nigella sativa) atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak suka berubat dengan sengatan api.” (HR: Ibnu Jarir & Hakim)
6. Kesembuhan boleh diperoleh dengan 3 cara yaitu: sayatan pisau bekam, tegukan madu, sundutan
api. Namun aku tidak menyukai berubat dengan sundutan api ( HR. Muslim).
7. Dari Ibnu ‘Abbas RA, dari Nabi SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas (kay). Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (Shahih Bukhari)
8. Dari Uqbah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “ Ada 3 hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada sayatan alat bekam atau minum madu atau membakar bahagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran (sundutan api) dan tidak juga menyukainya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya)
9. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada suatu kesembuhan pada ubat-ubat kalian maka hal itu ada pada sayatan alat bekam.” Beliau bersabda: “Atau tegukkan madu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,karya al-Haitsami, III/388)
10. Dari Ibnu ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib).
11. Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah berbekam (Shahih Sunan Ibnu Majah, karya Syaikh Al-Albani (II/259), Shahih Sunan Abu Dawud, karya Syaikh Al-Albani (II/731)).
12. Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda: “Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qusthul bahri." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, dan an-Nasai dalam kitab as-Sunan al-Kubra no. 7581).
13. Dari Abdullah bin Mas’ud RA yang berkata: Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau di isra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, “wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu untuk berbekam.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).
14. Pada malam aku di-isra'kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: “Wahai Muhammad suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Shahih Jami'us Shaghir 2/731)
15. Dari Ibnu ‘Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku berjalan melewati segolongan malaikat pada malam aku diisra’kan, melainkan mereka semua mengatakan kepadaku: ‘Wahai Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, Syaikh al-Albani (II/259))
16. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku melewati satu dari langit-langit
yang ada melainkan para malaikat mengatakan: ‘Hai Muhammad, perintahkan ummatmu untuk
berbekam, kerana sebaik-baik saranan yang kalian pergunakan untuk berubat adalah bekam, alkist,
dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami, III/388)
17. Dari Jabir al-Muqni RA, dia bercerita: “Aku tidak akan merasa sihat sehingga berbekam, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan’.” (Shahih Ibnu Hibban (III/440))
18. Dari Anas RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka netralkanlah dengan bekam sehingga tidak terjadi hipertensi pada salah seorang diantara kalian yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak, dari Anas RA secara marfu’, beliau mensyahihkannya yang diakui pula oleh adz-Dzahabi (IV/212))
19. Dari Malih Ibnu Abdullah Al-Khatihmi, dari ayahnya yang berkata, Rasulullah SAW bersabda: “5 perkara termasuk sunnah para Rasul iaitu; malu, lemah-lembut (memaafkan), hijamah (bekam), siwak (sugi), dan memakai wangian.” (HR: Thabarani & Ibnu Jarir)
20. Diriwayatkan dari Salma, pelayan Rasulullah SAW, ia berkata: “Setiap kali ada orang yang mengeluh sakit kepala kepada Rasulullah s.a.w, beliau bersabda, berbekamlah!, demikian pula (setiap orang mengeluh) sakit di kakinya, beliau bersabda ‘pakailah inai’.”
21. Nabi SAW bersabda: “Cara pengubatan yang paling elok buat kamu adalah berbekam dan qist. Jangan sakiti anak-anak kamu dengan membiarkan mereka diserang penyakit uzrah.” (At-Tibb an-Nabawiy)
22. Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Zubair RA dari Aisyah RHA di mana Aisyah RHA pernah bercerita kepada ‘Abdullah RA: “Bahawasanya Nabi SAW mandi kerana empat perkara, yakni janabat, hari jumaat, berbekam dan memandikan mayat.” (Abu Daud)


HADITS PERISTIWA BEKAM DAN TITIK-TITIK BEKAM

1. Abu Naim dalam Thibbun Nabawi, menyebutkan hadist marfu’ yang diriwayatkan oleh Thabroni dalam Al-Kabir (7306), bahawasanya Rasulullah SAW bersabda ; “Hendaklah kalian berbekam di tengah qomahduah, kerana dapat menyembuhkan 72 macam penyakit”
2. Dari Ibnu ‘Abbas RA, berkata: "Rasulullah SAW berubat dengan hijamah ketika beliau sedang ihram." (HR. Bukhari)
3. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “Nabi SAW pernah berbekam ketika beliau tengah berihram kerana rasa sakit yang beliau rasakan di kepalanya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami (IV/187))
4. Dari Anas RA, berkata: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam ketika beliau tengah berihram di
bahagian punggung kaki beliau kerana rasa sakit yang ada padanya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami (IV/187))
5. Dari Ibnu ‘Abbas RA, berkata: "Rasulullah SAW berubat dengan hijamah ketika beliau sedang puasa." (HR. Bukhari)
6. Dari Abdullah bin Buhainah RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang beliau tengah berihram kerana pusing yang beliau rasakan.” (HR. Bukhari)
7. Dari Ibnu Umar RA, dia bercerita: “Nabi SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan Ummu Mughits.” (Kitab al-Fawaaid, dinilai hasan oleh al-Albani)
8. Dari seseorang, dia bercerita, “Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam’.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, sanad hasan oleh al-Albani)
9. Dari Jabir RA, dia bercerita: “Sesungguhnya Nabi SAW jatuh dari kuda beliau dan menimpa batang pohon, sehingga kaki beliau patah. Waki’ RA berkata: ’Sesungguhnya Nabi SAW berbekam di bahagian kaki yang terkilir’.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, karya al-Albani )
10. Dari Jabir RA: “Nabi SAW pernah berbekam kerana kakinya tersandung/terkilir.” (Shahih Ibnu Khuzaimah)
11. Dari Anas bin Malik RA: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam di kedua urat merih (vena jugularis/jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawus, dishahihkan oleh al- Albani)
12. Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari RA: “Rasulullah SAW pernah dibekam bagian tengah kepalanya dan diantara kedua pundaknya. Dan Beliau bersabda: ‘Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak akan mudharat bahaginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu’.” (Shahih Sunan Abu Dawud (no. 3268), lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul (VII/541)


HADITS TANGGAL PELAKSANAAN BEKAM

1. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)
2. Dari Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/204))
3. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “ Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Beliau biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR. Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)
4. Dari Ibnu ‘Abbas RA, ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
5. Dari Mujahid dari Ibnu ‘Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda: Berbekamlah kamu pada tanggal 15, 17, 19 atau 21 (HR. Bazzar (2023), ibnu Jarir, Tirmizi, Hakim)


 HADITS HARI PELAKSANAAN BEKAM

1. Dari Abu Hurairah RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa berbekam pada hari Rabu atau hari Sabtu, lalu tertimpa wadhah (cahaya dan warna putih, lepra), maka hendaklah dia tidak menyalahkan, melainkan dirinya sendiri’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
2.Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling ideal, dimana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah SWT. Hindarilah berbekam pada hari Jumat dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, kerana Rabu merupakan hari dimana nabi Ayyub a.s tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, II/261, karya Imam al-Albani)
Catatan
1. Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam apabila darah tidak normal dan apabila sampai  waktunya’.”
2. Dari beberapa hadits di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi SAW biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa harus menunggu hingga tiba waktu tertentu. Secara ilmiah dan medis, jika waktu-waktu yang ditetapkan para ulama itu merupakan waktu yang paling baik dan paling tepat untuk melakukan bekam, kerana pada saat itulah darah sedang tidak normal, maka waktu datangnya sakit merupakan waktu yang paling tepat dan efektif, kerana saat itulah darah sedang tidak normal.
3. Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan-makanan berat 2-3 jam sebelumnya.


HADITS TENTANG UPAH TUKANG BEKAM (HAJJAM)

1. Dari Ibnu Abbas RA: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam di kedua urat merih dan di bahagian
antara kedua pundak yang merupakan pangkal punggung. Lalu beliau memberikan upah kepada
pembekam. Seandainya upah bekam itu haram, pastilah Beliau SAW tidak memberinya.” (Kitab
Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)
2. Dari Rafi’ bin Khadij RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang didapatkan oleh seorang pembekam, maka sebaiknya upah itu diberikan rangsum makanan untuk binatang ternak.” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, Abu Dawud, at-Tirmidzi)
3. Dari Ibnu Umar RA: “Bahawa Nabi SAW pernah mengundang seorang tukang bekam lalu dia membekam beliau SAW. Setelah selesai, beliau SAW bertanya kepadanya: ‘Berapa pajakmu?’ Dia menjawab: ‘Tiga sha’.’ Lalu beliau SAW membatalkan satu sha’ dari pajaknya, kemudian beliau memberikan upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)
4. Dari Ali RA: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam dan menyuruhku untuk memberi tukang pembekam upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)
5. Dari Abdullah bin Mas’ud RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW melarang mencari rezeki melalui tukang bekam.” (HR. Ibnu Majah)
6. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW pernah berbekam, beliau dibekam oleh Abu Thayyibah RA. Lalu beliau menyuruh seseorang untuk memberikan dua sha’ bahan makanan kepadanya. Beliau memberitahu keluarganya, lalu mereka menghapuskan pajaknya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtisar oleh Imam al-Albani)
Catatan
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari ‘Ikrimah RA: “Ibnu Abbas RA memiliki tiga orang budak yang ahli bekam. Dua orang diantaranya dikaryakan untuk sumber penghasilan dirinya dan keluarganya, sedangkan yang satu orang lagi khusus membekam dirinya dan keluarganya.” (Ath-Thibb, 1978, hasan ghorib)


MANDI KERANA BERBEKAM

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Zubair RA dari Aisyah RHA di mana Aisyah RHA pernah bercerita kepada ‘Abdullah RA: “Bahawasanya Nabi SAW mandi kerana empat perkara, yakni janabat, hari jumaat, berbekam dan memandikan mayat.” (Abu Daud, 348)
                Sejumlah ulama berpendapat bahawa bekam tidak menbatalkan wuduk, sedangkan mandi di sini hukumnya mustahab, bukan wajib. Wallahu a’lam.
                Dalam Shahih Ibnu Khuzaimah terdapat Bab: “ Dianjurkan mandi kerana berbekam dan setelah memandikan mayat.” (Jilid I, halaman 126, kitabu ‘I-wudhu)
                Kitab ini juga memuat hadits Aisyah RHA nombor 256. dari Abdullah bin Zubair dari Aisyah RHA di mana Aisyah RHA pernah bercerita kepada Abdullah bin Zubair bahawa Nabi SAW bersabda: “Mandi kerana empat sebab, yakni kerana janabat, hari jumaat, memandikan mayat dan berbekam.”
                Hakim berkata dalam Al-Mustadrak Jilid I, nombor  582, “Hadits Aisyah shahih menurut system periwatan syaikhoin (Al-Bukhari dan Muslim), tetapi keduanya tidak meriwatkannya.”
                Dalam Mshonnaf Abdurrazzaq, bab “ berwuduk kerana berbekam dan bercukur” disebutkan bahawa Ali menganjurkan untuk mandi disebabkan oleh berbekam. Dia juga meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar berkata: “Sungguh aku suka mandi disebabkan lima perkara, yakni kerana berbekam, bercukur, mandi di pemandian umum, janabat dan hari jumaat.”
                A’masy berkata, saya menyebutkan riwayat itu kepada Ibrahim pun berkata: “Para fuqoha tidak berpendapat ada mandi yang wajib kecuali mandi janabat. Mereka mengajurkan mandi pada hari jumaat.” Riwayat yang mirip dengan itu juga diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, Jilid I, hadits nombor 1141.
                Dalam Subulu As-Salam, Jilid I, halaman 178 disebutkan mengenai mandi kerana berbekam, maka ada yang mengatakan sebagai sunnah. Hadits Anas bahawa  Nabi SAW pernah berbekam lantas solat, tanpa berwuduk dulu. Itu menunjukkan bahawa mandi kerana berbekam merupakan sunnah, kadang-kadang baginda melakukannya, sebagaimana ditunjukkan oleh hadits Aisyah dan kadang-kadang tidak melakukannya, sebagaimana ditunjukkan oleh hadits Anas.
                Dalam  Nailu I-Authar, Jilid I, halaman 230, daruquthni meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan hanya mencuci bahagian-bahagian tubuhnya yang dibekam, tidak lebih. Dalam sanad hadits ini terdapat Muqotil, seorang perawi yang tidak kuat.


JENIS-JENIS BEKAM

A) Bekam Basah (Wet Cupping)
Bekam pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan cara disayat dengan silet, lanset, pisau bedah atau jarum steril pada bagian yang dibekam.
Cara Melakukan Bekam Basah :
1. Pilih titik bekam berdasarkan penyakit.
2. Pilih cup bekam berdasarkan jenis penyakit dan saiz tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik.
3. Bersihkan bahagian kulit yang akan dibekam dengan antiseptic/alkohol.
4. Letak cup bekam dengan piston pada bahagian yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan piston, atau sampai piston tidak dapat di pump lagi.
5. Biarkan selama 2-3-5 menit.
6. Cabut cup bekam dan sayat bahagian kulit bekam dengan silet, lanset, pisau bedah atau jarum steril.
7. Bekam lagi posisi yang disayat.
8. Tunggu selama lebih kurang  3 menit sampai darah keluar.
9. Lepas cup bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan kembali gelas bekam dan desinfeksi.
10. Bekam lagi sebanyak 2-5 kali, atau sampai keluar cairan putih dari kulit.
11. Sapu bekas sayatan dan bekam dengan minyak habbatus sauda’ (jintan hitam).
12. Lakukan setiap bulan atau setiap 2 minggu bagi yang penyakitnya kronik.

B) Bekam Kering (Dry Cupping)
Bekam yang tidak mengeluarkan darah dari tubuh.
Cara Melakukan Bekam Kering :
1. Pilih titik bekam berdasarkan jenis penyakit.
2. Pilih cup bekam berdasarkan jenis penyakit dan saiz tubuh. Semakin besar cup yang digunakan maka semakin sakit, namun kesannya akan semakin baik.
3. Urut bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jintan hitam selama lebih kurang 5 menit.
4.  Letak cup bekam dengan piston pada bahagian yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan piston, atau sampai piston tidak dapat di pump lagi.
5. Biarkan selama 10 minit bagi lelaki, 7 minit bagi wanita atau 3 minit bagi kanak-kanak.
6. Lepas gelas bekam dan urut kembali dengan minyak zaitun atau minyak jintan hitam selama 2-3 minit untuk menghilangkan lebam-lebam hitam atau blister.
7. Lakukan selama 7 hari bagi orang dewasa dan 5 hari bagi anak-anak.

C)  Bekam Luncur (Sliding Cupping)
Bekam yang mana cup bekam diluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Bekam ini serupa Guasha (cina), scrapping (inggris) atau kerokan (jawa), namun lebih aman kerana tidak merosak pori-pori sebagaimana kerokan.
Cara Melakukan Bekam Luncur:
1. Pilih titik bekam untuk bekam luncur, biasanya bahagian atas pundak.
2. Pilih cup bekam berdasarkan jenis penyakit dan saiz tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik.
3. Urut bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak jintan hitam selama lebih kurang 5 menit, sapu minyak yang banyak agar licin.
4. Pump cup bekam dengan piston pada bahagian yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan piston kemudian gerakkan/uncurkan perlahan-lahan sampai tampak bruise (memar) kemerahan.
5. Lepas gelas bekam dan urut kembali dengan minyak zaitun atau minyak jintan hitam selama 2-3 minit.


BEBERAPA HAL PERLU DIPERHATIKAN SEMASA BEKAM

1. Pastikan bahawa cup bekam sudah steril dan higinis sehingga aman untuk bekam (terutama bekam basah).
2. Untuk pesakit yang belum pernah dibekam sebelumnya, pilihlah cup bekam dari yang terkecil lalu ke yang besar supaya tidak terlalu sakit.
3. Posisi bekam dapat dilakukan dengan duduk atau berbaring menelungkup. Posisi duduk lebih baik untuk peredaran darah, namun bagi pasien yang lemah dianjurkan dengan posisi berbaring.
4. Untuk pesakit yang baru dibekam, selalulah bertanyakan keadaannya, apakah merasa mulas, pusing, mual atau adanya tanda-tanda akan pengsan lainnya. Segera hentikan bekam apabila pesakit mengeluh kesakitan.
5. Setelah bekam perlu beristirehat yang cukup. Ada kalanya pesakit segera merasa  segar badannya setelah dibekam pada bahagian punggung dan lutut, sehingga ia tidak mahu beristirehat sebagaimana mestinya, hal ini dapat menyebabkan kembalinya sakit.
6. Sebagian pesakit merasakan suhu badannya naik setelah 1-2 hari setelah berbekam, hal ini adalah normal dan akan segera hilang.
7. Pesakit yang menderita sakit menular atau infeksius agar diberikan perhatian khusus. Bagi penderita penyakit infeksius, diharap gelas bekamnya adalah tersendiri (single use) dan juru bekam dianjurkan menggunakan pelindung tubuh seperti sarung tangan (gloves), masker dan semisalnya.
8. Pesakit yang menderita tekanan darah rendah harus diperlakukan ekstra dan hati-hati. Tingkat kesedarannya selalu dijaga agar tidak pengsan. Dihindarkan membekam pada areal punggung bawah yang sejajar dengan pusar ke bawah, kerana hal ini boleh menurunkan tekanan darah dengan cepat.
9. Permukaan kulit yang timbul blister kecil, lebam-lebam, noda darah dan darah stasis adalah reaksi normal setelah bekam. Apabila blister yang timbul banyak dan besar-besar (seperti luka bakar), maka dapat dipecah dengan cara menusukkan jarum steril kering hingga keluar cairannya (cairan limfoid) lalu didesinfeksi dengan desinfektans. Lebih dianjurkan apabila bekas bekam yang berblister ini diurut lembut dengan minyak zaitun atau jintan hitam.
10. Pesakit yang mengalami mental stres, ketakutan, mual dan gejala mental lainnya, dihentikan pembekaman dan pesakit disuruh berbaring rehat, tenang dan diberi minum dengan minuman manis (lebih baik madu) kemudian dimotivasi untuk menghilangkan atau meminimalisir gangguan mentalnya.


LARANGAN-LARANGAN BEKAM

1. Tidak dianjurkan melakukan bekam basah pada penderita diabetes kecuali juru bekam yang ahli dan berpengalaman.
2. Jangan membekam orang yang fizikalnya sangat lemah atau orang yang kelelahan (overfatigue).
3. Jangan membekam orang yang menderita penyakit kulit merata atau menderita alergi kulit yang parah seperti ulserasi dan edema.
4. Jangan membekam orang yang sangat tua yang lemah fizikalnya dan anak-anak yang tubuhnya lemah atau di bawah 3 tahun.
5. Penderita leukimia (kanker darah) tidak dianjurkan untuk dibekam basah.
6. Penderita hepatitis yang parah, TBC aktif, hemofilia, malignant anemia, trombositopenia dan penyakit lainnya yang parah tidak dianjurkan dibekam kecuali kepada juru bekam yang ahli dan berpengalaman.
7. Jangan memberkam pada kondisi : perut kekenyangan, kehausan, kelaparan, kelelahan, setelah beraktivitas berat, tubuh lemah dan tubuh demam (kedinginan).
8. Jangan membekam wanita hamil pada usia kehamilan 3 bulan pertama (trimester awal).
9. Jangan membekam langsung pada daerah yang luka, urat sendi robek, patah tulang, varises, tumor.
10.  Jangan membekam wanita yang sedang haidh dan nifas.
11. Jangan membekam daerah perut terlalu keras
12. Jangan membekam pesakit yang mengkonsumsi ubat pelancar dan pengencer darah semisal mengkudu dan omega 3 .
13. Jangan melakukan bekam langsung setelah makan, pembekaman dapat dilakukan minimal 2 jam setelah makan. Setelah bekam juga jangan langsung makan, melainkan hanya minum yang manis-manis semisal madu atau selainnya
14. Tidak dianjurkan melakukan pembekaman kepada orang yang menderita injap jantung, kecuali di bawah pengawasan doktor atau ahli bekam yang berpengalaman.
15. Jangan melakukan bekam langsung setelah mandi, sunnah mandi selepas bekam.
16. Jangan membekam basah orang yang baru memberikan derma darah atau orang yang baru kecelakaan sehingga darahnya berkurang.
17. Jangan membekam pesakit diabetes (gula darah di atas 280) kecuali oleh orang yang ahli.
18. Jangan membekam di area terbuka atau tempat yang dingin. Lebih baik melakukan bekam di ruang yang hangat atau bersuhu normal ruangan.
19.  Dilarang membekam lubang alamiah tubuh seperti mata, hidung, telinga, mulut, kemaluan, dubur, puting susu.


CARA-CARA MELAKUKAN PEMBEKAMAN

A. Persiapan Peralatan Bekam
1) Alat yang dipersiapkan: set cupping, jarum, lancet pen, pisau bedah, sarung tangan, masker, mangkuk, tempat sampah, meja dan kerusi
2) Bahan yang disiapkan:, kapas/tisu, betadin, Antiseptic, sabun, zalf, alkohol, spiritus,
minyak zaitun, minyak habbatus sauda, al qusthul hindi, minyak urut hangat, minuman hangat, baik kalau disediakan madu dan susu
3) Steril alat agar bebas kuman dan tidak menyebarkan penyakit, iaitu ada dua cara:
a. Steril dengan alcohol, yaitu membersihkan alat bekam (Cupping set, piston, pen jarum). Caranya basahkan kertas tisu dengan alcohol lalu digunakan untuk membersihkan alat bekam.
b. Steril dengan air atau air panas yang dicampur antiseptic. Caranya rendam alat bekam dengan antiseptic, seterusnya dikeringkan.
4) Jarum, pisau, silet, hanya boleh sekali pakai sahaja
5) Ruangan harus bersih, terang dan cukup aliran udara

B. Persiapan Pesakit
1) Niat untuk amalkan sunnah Rasulullah SAW, bersedekah, berwuduk, berzikir dan berdoa
2) Pesakit dijelaskan tentang bekam, efek yang terjadi, proses kesembuhan dan lain-lain
3) Pesakit disiapkan mentalnya agar tidak gelisah dan takut,
4) Bagi Pesakit yang belum pernah dibekam cukup dibekam 1 - 2 cup
5) Pesakit dipersiapkan makanan, minuman, kebersihan tubuh dan kebersihan tempat yang akan
dibekam

C. Persiapan Juru Bekam
1) Juru bekam dalam keadaan sihat,Ikhlas kerana Allah SWT, ber wuduk, berzikir dan berdoa
2) Juru bekam telah menguasai ilmu bekam (professional)
3) Juru bekam sudah sering dibekam dan membekam
4) Juru bekam meningkatkan iman dan taqwa

D. Identifikasi Pesakit
1. Mencatat Identitas Umum: Nama, alamat, usia, jantina, status
2. Mencatat Identitas Keluarga: Kedudukan dan status dalam keluarga

E. Perbualan Dengan Pesakit
1. Keluhan pesakit, keluhan utama, keluhan tambahan/lain, riwayat penyakit
2. Keluhan dari masing-masing organ tubuh

F. Pemeriksaan Fizikal Pesakit
1. Pemeriksaan Umum: tekanan darah, nadi, suhu, pernafasan, lidah, iris, telapak tangan, dan lain-lain.
2. Periksa pancaidera
3. Periksa sekitar keluhan dan periksa pada sekitar organ lain

G. Diagnosis
1. Pemeriksaan khusus: iris mata (iridologi), lidah, telinga, telapak tangan dan lain-lain
2. Pemeriksaan penunjang: laboratorium, radiologi, CT-Scan, MRI dan lain-lain


H. Penentuan Dan Keputusan
1. Menentukan jenis keluhan
2. Menentukan jenis penyakit
3. Menentukan letak penyakit
4. Menentukan penyebab penyakit
5. Menentukan jenis pengobatan

I.  Menentukan Daerah Dan Titik Bekam
1. Titik yang sesuai dengan yang dikeluhkan
2. Titik lain yang satu jurusan/meridian dengan titik yang dikeluhkan
3. Titik lain yang berlawanan dengan titik yang dikeluhkan
4. Titik lain yang berpasangan dengan titik yang dikeluhkan
5. Titik-titik istimewa
6. Titik-titik khusus

J.  Jenis Pembekaman
1. Bekam tanpa mengeluarkan darah (hijamah jaffah = bekam kering)
2. Bekam dengan mengeluarkan darah (hijamah damamiyah = bekam basah)

K. Memberi Nasihat Dan Terapi Lain
1. Memberikan terapi tindakan, operasi dan lain-lain
2. Memberikan "food suplement" obat-obatan dan bahan berkhasiat
3. Memberikan dakwah, nasihat dan doa.


PEMILIHAN TITIK-TITIK BEKAM

1. Titik yang sesuai dengan titik sunah
2. Titik yang sesuai dengan lokasi keluhan.
3. Titik di sekitar lokasi keluhan.
4. Titik yang berpasangan dengan lokasi keluhan.
5. Titik berdasarkan jalur Meridian yang terganggu.
6. Titik berdasarkan letak organ tubuh yang terganggu.


BAHAGIAN-BAHAGIAN BEKAM

1. Di bahagian atas kepala (ummu mughits), caranya dengan mencukur rambut pada bahagian yang akan dibekam. Bekam di kepala sangat efektif untuk migrain, vertigo, sakit kepala menahun, darah tinggi, stroke, suka mengantuk, sakit gigi, sakit mata, melancarkan peredaran darah, perbaikan sistem kekebalan tubuh, dan lain-lain.
2. Di sekitar urat leher (al akhda’iin), titik ini untuk mengubati penyakit seperti: sakit kepala,
wajah, kedua telinga, mata, hidung dan tenggorokan, gigi seri lidah, kanker darah, melancarkan peredaran darah.
3. Di bawah kepala (An Naqrah), sekitar empat jari di bawah (tulang tengkorak paling bawah),
bermanfaat menyembuhkan radang mata (pada anak-anak), tumor pada telinga, berat kepala, bintik-bintik di wajah, jerawat.
4. Daerah antara dua pundak (al kaahil), merupakan titik paling tengah untuk mengatasi berbagai macam penyakit.
5. Daerah sekitar pundak kiri dan kanan (Naa ‘is), yaitu daging lembut di pundak yang tegang
ketika merasa takut. Bekam pada titik ini dapat bermanfaaat untuk buang racun dan penyakit liver.
6. Daerah di bawah tulang belikat, bekam di daerah ini banyak memiliki keistimewaan dan kahsiatnya.
7. Daerah punggung bahagian bawah dan tulang ekor untuk penyakit pegal/nyeri di pinggang dan wasir.
8. Pangkal telapak kaki (iltiwa’ – di bawah mata kaki) untuk penyakit nyeri di kaki, gout, kaku, dan pegal-pegal.
9. Di tempat-tempat yang dirasakan sakit.


TITIK-TITIK BEKAM SUNNAH

1. AL AKHDA'AIN :
a) Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di
sekitar otot sternocleidomastoideus.
b) Merupakan pusat kegiatan dan penjalaran dari usus kecil dan besar.
c) Berperanan dalam pengubatan gondok, afonia, kaku kuduk/leher, nyeri tenggorokan, flu, pipi
bengkak, tinnitus, mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, sakit kerongkongan .

2. ILTIWA'
a) Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis
dengan tulang tumit (calcaneus)
b) Merupakan pusat penjalaran organ ginjal
c) Berperanan dalam pengubatan tinnitus, hemoptisis, gangguan haid, insomnia, tenaga batin, gout, ginjal, bronkietasis, nyeri punggung, gangguan kencing dan lain-lain.

3. AL KAHIL
a) Terletak di sekitar tonjolan tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara
bahu (acromion) kanan dan kiri, setinggi pundak.
b) Merupakan titik pertemuan dan penjalaran organ kandung empedu, lambung, usus halus, usus besar, kandung kemih dan tripemanas.
c) Berperanan dalam pengubatan nyeri leher, demam, epilepsi, batuk, flu, asma, kaku punggung dan lain-lain.
d) Anas bin Malik berkata: " Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda'ain dan al kahil" (HR.
At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad).

4. HAMMAH ('Alaa Ro'sun)
a) Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bahagian depan, terletak di titik pertemuan antara batas rambut bahagian belakang dengan batas rambut
bahagian depan.
b) Berperanan dalam pengubatan sakit kepala, pusing, vertigo, mania, gangguan penglihatan, menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain.

5. YAFUKH
a) Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, yaitu antara tulang ubun-ubun (os parietale) dan tulang dahi (os frontale).
b) Pada anak-anak, saat pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya
pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna.
c) Berperanan dalam pengubatan epilepsi, pusing, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea, kejang dan lain-lain.

6. AL KATIFAIN
Kedua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit di pundak dan penyakit leher. (Nabi SAW
melakukan bekam pada kedua bahu saat diberi makanan lengan daging kambing yang dicampur
racun oleh orang Yahudi.

7. 'ALA WARIK
Berguna untuk sakit pegal-pegal, lower back pain (Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam pada pinggulnya kerana penyakit pegal-pegal/capek yang dideritanya (HR. An-Nasai, Ibnu Majah).

8. QAMAHDUAH
a) Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang
b) Bahagian dimana kalau sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bahagian kepala yang menempel di tanah.
c) Berperanan dalam pengubatan sakit kepala belakang, pening, tuli, kaku lidah, schizophrenia,
epilepsi, leher kaku, pusing, vertigo dan lain-lain.

9. PELIPIS DAN DAGU
Berguna untuk mengubati pusing/pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian wajah, mengubati sakit kerongkongan/batuk. (Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya.

10. BAGIAN PUNGGUNG KAKI
Berguna untuk menghilangkan kutil atau borok yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang
kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada testis dan gout

11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT
Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panu yang ada di paha, menyembuhkan kaki yang sering nyeri, mengubati buasir, elephantiasis, menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung.

12. 'ALA DZOHRIL QODAMI
Terletak di bahagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan pada bahagian kaki.

13. UMU MUGITS
a) Terletak di tulang tengkorak di bahagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di 2/3 bahagian depan.
b) Apabila kepala dan batas rambut bahagian belakang ke batas rambut bahagian depan dibagi menjadi 12 bahagian, maka umu mugits terletak di 7 bahagian dari garis batas rambut bahagian belakang dan 5 bahagian dari garis batas rambut bahagian depan.
c) Hati-hati saat pembekaman kepala, sebab dekat dengan pusat sensorik dan motorik, yang
menyebabkan kelumpuhan organ-organ dan alat-alat tubuh.





HADITS YANG BERKAITAN DENGAN BEKAM (HIJAMAH)

Ada suatu pertanyaan ‘asing’ yang mesti kita jawab dan renungkan: “Apakah Anda pernah
mendengar istilah bekam (hijamah)? Apakah Anda pernah dibekam? Berbahagialah apabila Anda menjawab, “pernah”. Sayangnya, sebahagian besar kaum muslimin belum pernah mendengar istilah bekam apalagi yang pernah dibekam.
Kenyataan ini sungguh memprihatinkan. Sebab bekam sudah dikenal ribuan tahun yang lalu,
bahkan sejak zaman Nabi Musa AS, dan dikukuhkan syariatnya pada zaman Rasulullah SAW,
akhirnya berkembang ke seluruh dunia hingga saat ini.
Kaum muslimin jarang sekali yang mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Rasulullah
SAW yang sangat lengkap. Di antara sebahagian kedoktoran Nabi SAW yang dilupakan itu adalah bekam. Sebaliknya dunia barat terus melakukan penelitian tentang bekam, yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan harian, walaupun mereka tidak mengakuinya sebagai warisan Rasulullah SAW.
Orang-orang beriman baik lelaki mahupun perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar
Sunnah Nabi SAW, khususnya yang telah dilupakan (sunnah matrukah). Sekarang mulai nampak
banyak orang menyaksikan langsung mukjizat kesembuhan dengan mengikuti salah satu Sunnah Nabi SAW, yaitu pengubatan dengan bekam dalam mengatasi penyakit yang sulit disembuhkan oleh para doktor.
Setiap muslim tahu bahawa hadits-hadits Nabi SAW tidak pernah berubah atau berganti,
kerana ia merupakan wahyu dari Allah SWT, sedangkan wahyu telah berhenti turun sejak Nabi
SAW wafat dan agama telah sempurna. Maka hadits-hadits Nabi SAW yang menyangkut metode
pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari pelaksanaannya, dan sebagainya adalah
bersifat tetap tidak berubah.
Dengan maksud dakwah dan tabligh agar kaum muslimin mengetahui thibbun nabawi, maka perlu disampaikan di sini hadits-hadits yang berkaitan dengan bekam.


HADITS KEUTAMAAN DAN MANFAAT BEKAM

1. Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)
(Muttafaq ‘alaihi, Shahih Bukhari (no. 2280) dan Shahih Muslim (no. 2214)
2. Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah al hijamah (HR. Ahmad, shahih).
3. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab
Mukhtashar Muslim (no. 1480), Shahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiits ash-
Shahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)
4. Dari Ashim bin Umar bin Qatadah RA, dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah RA
pernah menjenguk al-Muqni’ RA, dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam,
kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya
didalamnya terkandung kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim,
al-Baihaqi)
5. Dari Ibnu Umar RA yang berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam atau habbatus sauda’ (jintan hitam/nigella sativa) atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak suka berubat dengan sengatan api.” (HR: Ibnu Jarir & Hakim)
6. Kesembuhan boleh diperoleh dengan 3 cara yaitu: sayatan pisau bekam, tegukan madu, sundutan
api. Namun aku tidak menyukai berubat dengan sundutan api ( HR. Muslim).
7. Dari Ibnu ‘Abbas RA, dari Nabi SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas (kay). Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (Shahih Bukhari)
8. Dari Uqbah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “ Ada 3 hal yang jika pada sesuatu ada
kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada sayatan alat bekam atau minum madu atau
membakar bahagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran (sundutan api) dan tidak juga
menyukainya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya)
9. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada suatu kesembuhan pada ubat-ubat
kalian maka hal itu ada pada sayatan alat bekam.” Beliau bersabda: “Atau tegukkan madu.”
(Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,karya al-Haitsami, III/388)
10. Dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang
bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan
mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib).
11. Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu
adalah berbekam (Shahih Sunan Ibnu Majah, karya Syaikh Al-Albani (II/259), Shahih Sunan
Abu Dawud, karya Syaikh Al-Albani (II/731)).
12. Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda: “Kalian harus berbekam dan
menggunakan al-qusthul bahri." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, dan an-Nasai dalam kitab as-
Sunan al-Kubra no. 7581).
13. Dari Abdullah bin Mas’ud RA yang berkata: Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau di isra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, “wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu untuk berbekam.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).
14. Pada malam aku di-isra'kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka
berkata: “Wahai Muhammad suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud,
Ibnu Majah, Shahih Jami'us Shaghir 2/731)
15. Dari Ibnu ‘Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku berjalan melewati segolongan
malaikat pada malam aku diisra’kan, melainkan mereka semua mengatakan kepadaku: ‘Wahai
Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, Syaikh al-Albani (II/259))
16. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku melewati satu dari langit-langit
yang ada melainkan para malaikat mengatakan: ‘Hai Muhammad, perintahkan ummatmu untuk
berbekam, kerana sebaik-baik saranan yang kalian pergunakan untuk berubat adalah bekam, alkist,
dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,
karya al-Haitsami, III/388)
17. Dari Jabir al-Muqni RA, dia bercerita: “Aku tidak akan merasa sihat sehingga berbekam,
kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya pada
bekam itu terdapat kesembuhan’.” (Shahih Ibnu Hibban (III/440))
18. Dari Anas RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka
netralkanlah dengan bekam sehingga tidak terjadi hipertensi pada salah seorang diantara kalian
yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak, dari Anas
RA secara marfu’, beliau mensyahihkannya yang diakui pula oleh adz-Dzahabi (IV/212))
19. Dari Malih Ibnu Abdullah Al-Khatihmi, dari ayahnya yang berkata, Rasulullah SAW bersabda: “5 perkara termasuk sunnah para Rasul iaitu; malu, lemah-lembut (memaafkan), hijamah (bekam), siwak (sugi), dan memakai wangian.” (HR: Thabarani & Ibnu Jarir)
20. Diriwayatkan dari Salma, pelayan Rasulullah SAW, ia berkata: “Setiap kali ada orang yang mengeluh sakit kepala kepada Rasulullah s.a.w, beliau bersabda, berbekamlah!, demikian pula (setiap orang mengeluh) sakit di kakinya, beliau bersabda ‘pakailah inai’.”
21. Nabi SAW bersabda: “Cara pengubatan yang paling elok buat kamu adalah berbekam dan qist. Jangan sakiti anak-anak kamu dengan membiarkan mereka diserang penyakit uzrah.” (At-Tibb an-Nabawiy)
22. Diriwaratkan dari ‘Abdullah bin Zubair RA dari Aisyah RHA di mana Aisyah RHA pernah bercerita kepada ‘Abdullah RA: “Bahawasanya Nabi SAW mandi kerana empat perkara, yakni janabat, hari jumaat, berbekam dan memandikan mayat.” (Abu Daud)


HADITS PERISTIWA BEKAM DAN TITIK-TITIK BEKAM

1. Dari Ibnu Abbas RA, berkata: "Rasulullah SAW berubat dengan hijamah ketika beliau sedang
ihram." (HR. Bukhari)
2. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “Nabi SAW pernah berbekam ketika beliau tengah
berihram kerana rasa sakit yang beliau rasakan di kepalanya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, karya
al-A’zhami (IV/187))
3. Dari Anas RA, berkata: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam ketika beliau tengah berihram di
bahagian punggung kaki beliau kerana rasa sakit yang ada padanya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah,
karya al-A’zhami (IV/187))
4. Dari Ibnu Abbas RA, berkata: "Rasulullah SAW berubat dengan hijamah ketika beliau sedang
puasa." (HR. Bukhari)
5. Dari Abdullah bin Buhainah RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW berbekam di bahagian tengah
kepalanya sedang beliau tengah berihram kerana pusing yang beliau rasakan.” (HR. Bukhari)
6. Dari Ibnu Umar RA, dia bercerita: “Nabi SAW pernah berbekam di kepalanya dan
menyebutnya dengan Ummu Mughits.” (Kitab al-Fawaaid, dinilai hasan oleh al-Albani)
7. Dari seseorang, dia bercerita, “Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak batal puasa orang yang
muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam’.” (HR. Abu
Dawud, Ibnu Khuzaimah, sanad hasan oleh al-Albani)
8. Dari Jabir RA, dia bercerita: “Sesungguhnya Nabi SAW jatuh dari kuda beliau dan menimpa
batang pohon, sehingga kaki beliau patah. Waki’ RA berkata: ’Sesungguhnya Nabi SAW
berbekam di bahagian kaki yang terkilir’.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, karya al-Albani )
9. Dari Jabir RA: “Nabi SAW pernah berbekam kerana kakinya tersandung/terkilir.” (Shahih Ibnu
Khuzaimah)a
10. Dari Anas bin Malik RA: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam di kedua urat merih (vena
jugularis/jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawus, dishahihkan oleh al-
Albani)
11. Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari RA: “Rasulullah SAW pernah dibekam bagian tengah kepalanya
dan diantara kedua pundaknya. Dan Beliau bersabda: ‘Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka
tidak akan mudharat bahaginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu’.” (Shahih Sunan Abu
Dawud (no. 3268), lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul (VII/541))
12. Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab ath-Thibbun Nabawi, sebuah hadits marfu’:
“Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat
menyembuhkan dari 5 penyakit.” Beliau menyebutkan diantaranya adalah kusta.


HADITS TANGGAL PELAKSANAAN BEKAM

1. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19
dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan
Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)
2. Dari Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik-baik bekam
yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi,
Syaikh al-Albani (II/204))
3. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “ Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih
(jugular vein) dan punggung. Beliau biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR,
Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)
4. Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Berbekamlah pada hari ke-17 dan
ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian’.” (Kitab
Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))


 HADITS HARI PELAKSANAAN BEKAM

1. Dari Abu Hurairah RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa berbekam pada
hari Rabu atau hari Sabtu, lalu tertimpa wadhah (cahaya dan warna putih, lepra), maka
hendaklah dia tidak menyalahkan, melainkan dirinya sendiri’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an
Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
2.Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Berbekam dilakukan dalam keadaan perut
kosong adalah yang paling ideal, dimana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah
ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh
kerana itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis
dengan menyebut nama Allah SWT. Hindarilah berbekam pada hari Jumat dan hari Sabtu serta
hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu,
kerana Rabu merupakan hari dimana nabi Ayyub a.s tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit
kusta dan lepra, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (Shahih Sunan Ibnu Majah,
II/261, karya Imam al-Albani)
Catatan
Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia
berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam apabila darah tidak
normal dan apabila sampai  waktunya’.”
Dari beberapa hadits di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi SAW biasa melakukan bekam ketika
sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa harus menunggu hingga tiba waktu tertentu.
Secara ilmiah dan medis, jika waktu-waktu yang ditetapkan para ulama itu merupakan waktu yang
paling baik dan paling tepat untuk melakukan bekam, karana pada saat itulah darah sedang tidak
normal, maka waktu datangnya sakit merupakan waktu yang paling tepat dan efektif, kerana saat
itulah darah sedang tidak normal.


HADITS TENTANG UPAH TUKANG BEKAM (HAJJAM)

1. Dari Ibnu Abbas RA: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam di kedua urat merih dan di bahagian
antara kedua pundak yang merupakan pangkal punggung. Lalu beliau memberikan upah kepada
pembekam. Seandainya upah bekam itu haram, pastilah Beliau SAW tidak memberinya.” (Kitab
Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)
2. Dari Rafi’ bin Khadij RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang didapatkan oleh seorang
pembekam, maka sebaiknya upah itu diberikan rangsum makanan untuk binatang ternak.” (HR.
Ahmad, ath-Thabrani, Abu Dawud, at-Tirmidzi)
3. Dari Ibnu Umar RA: “Bahawa Nabi SAW pernah mengundang seorang tukang bekam lalu dia
membekam beliau SAW. Setelah selesai, beliau SAW bertanya kepadanya: ‘Berapa pajakmu?’
Dia menjawab: ‘Tiga sha’.’ Lalu beliau SAW membatalkan satu sha’ dari pajaknya, kemudian
beliau memberikan upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan
ikhtishar oleh Imam al-Albani)
4. Dari Ali RA: “Bahawa Nabi SAW pernah berbekam dan menyuruhku untuk memberi tukang
pembekam upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar
oleh Imam al-Albani)
5. Dari Abdullah bin Mas’ud RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW melarang mencari rezeki melalui
tukang bekam.” (HR. Ibnu Majah)
6. Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “Rasulullah SAW pernah berbekam, beliau dibekam
oleh Abu Thayyibah RA. Lalu beliau menyuruh seseorang untuk memberikan dua sha’ bahan
makanan kepadanya. Beliau memberitahu keluarganya, lalu mereka menghapuskan pajaknya.”
(Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtisar oleh Imam al-Albani)
Catatan
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari ‘Ikrimah RA: “Ibnu Abbas RA memiliki tiga orang
budak yang ahli bekam. Dua orang diantaranya dikaryakan untuk sumber penghasilan dirinya dan
keluarganya, sedangkan yang satu orang lagi khusus membekam dirinya dan keluarganya.” (Ath-
Thibb, 1978, hasan ghorib)